Stop Smoking..please...

A: kitak merokok x B?
B: Aok kamek merokok?
A: Owh..yaka.. kenak merokok? best ka? kan merokok ya membahayakan kesihatan..kita semua dah tauk bah..
B: Mek merokok kei suka - suka jak bah..mek nangga kawan mek merokok mek merokok juak..kadang - kadang mun mek tension...mek isap rokok..kei ilang tension..tauk mek merokok ya membahayakan kesihatan tapi gnie nak molah kamek dah tertagih bah..mun sik merokok sik sah...mek da cuba berhenti tapi sik dapat bah..
A: Nangda kedak ya tak..nieleh sukati jak..kesihatan kitak penting juak bah..


Mengapa harus berhenti merokok?

Merokok memberi banyak keburukan bukan hanya kepada PEROKOK tetapi juga kepada SEMUA INDIVIDU. Contohnya, ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok akan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak. selain itu perkembangan paru-paru mereka juga lemah dan berkemungkinan boleh mendapat asma.
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Antara faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah

* Panjang umur.
* Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya. (bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser)
* Mencegah penyakit. (contoh: kanser paru - paru)
* Kehidupan yang lebih sihat.
* Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain.
* Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
* Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
* Meningkatkan deria bau dan rasa.
* Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
* Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
* Menjimatkan wang.


Bagaimana hendak berhenti?

Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
* Tetapkan tarikh untuk berhenti.
* Yakin diri
* Buatkan nota peringatan.
* Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".
* Sentiasa berfikiran positif.
* Dapatkan sokongan.
* Gunakan terapi penganti nikotin.
* Amalkan 12M untuk berhenti merokok.


Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :

1. Melengah-lengahka (Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar)
2. Menarik nafas panjang (Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan)
3. Minum air (Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein)
4. Menyibukkan diri (Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok)
5. Menjauhkan diri (Jauhkan diri daripada orang yang merokok)
6. Mengelakkan diri (Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok)
7. Mengunyah sesuatu (Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan)
8. Membasuh tangan selalu
9. Mandi dengan kerap
10. Meregangkan otot (Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk)
11. Meditasi
12. Memohon doa
* Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok.



Rujukan:-
Kesihatan - Tip berhenti merokok
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment