WARKAH BUATMU

Assalamualaikum...

entri kali ini khas buat insan yang disayangi...kali ni ainul buat entri jiwang cikit la..hehehe..
(sembunyikandirikejapsebabmalula)


Dear my future Husband

FH: Diriku ini adalah seorang yang biasa yang ada sedikit perasaan luarbiasa. Andai kata aku tidak                      mampu menjadi sepertimana yang dikau harapkan. Adakah masih ada lagi perasaan cintamu padaku?            Oleh itu, dalam waktu kesempatan kita cipta bersama, aku harapkan supaya dikau tidak mengharapkan        sesuatu yang sangat sukar untukku gapai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suamimu.
wahai bakal imamku..

Walaupun kau seorang yang biasa bagi dirimu..tapi dengan perasaan luarbiasamu menjadikan engkau seorang yang terbaik untukku (a.k.a my Superhero) he3 ..perasaan cintaku hadir bukan kerna kesempurnaanmu tapi kerna keihlasanmu....tiada apa yang ku harapkan darimu cuma jalankanlah tanggungjawabmu apabila bergelar imamku kelak.

FH: Ilmuku ini sangat dangkal mahu dibandingkan dengan lelaki lain yang bisa engkau pilih. Mungkin pada            suatu saat kawan-kawanmu akan memperlekehkan diriku dengannya akan malu bila bersamaku.                    Adakah pada waktu itu, matamu akan menitiskan air mengenangkan nasibmu? Oleh, itu duhai sayangku,        diriku berharap engkau sabar menghadapinya kerana diriku sedang berusaha menjadi yang terbaik                buatmu.

wahai bakal imamku..

Imamku..Sayangku...walaupun ilmu tidak setanding dengan lelaki lain yang bisa aku pilih..namun aku tetap besyukur sekiranya ilmu agamamu boleh menandingi mereka...wahai bakal imamku....biarkanlah orang memperlekehkanmu dan diriku ketika kau bersamaku....aku tetap kuat imamku...takkan sedikitpun menitis airmataku wahai imamku kerna aku yakin seyakin yang pasti kamu adalah yang teristimewa buatku...sayangku2x......aku akan tetap sabar dan terus bersabar ( Allah sayang pada orang yang Sabar kan?) demi menjadi yang terbaik buatmu jua....

FH: Kelakuanku ini, sikap dan perangai. Kadang-kadang susah untuk dijangka. Tika mana aku tersilap                menyakitkan hatimu, adakah kesabaranmu akan hilang? Cinta dan lakumu akan meminggir dariku. Oleh        itu wahai bakal isteriku, pilihanmu terhadapku jangan dikesali kerana aku sentiasa berusaha menjaga              daripada semua itu terjadi.

wahai bakal imamku..

Memang kelakuanmu, sikapmu dan perangaimu memang susah untuk dijangka..begitu juga diriku...tika tersilap tutur katamu, sehingga menyakitiku...takkan hilang kesabaranku wahai imamku...takkan ku meminggirkan diriku darimu...takkan kukesali hadirmu dalam kehidupanku..kerana ku tahu kau berusaha menjaga setiap kelakuanmu, sikapmu dan perangaimu demi menjadi yang terbaik buatku...aku akan tetap sabar..kerna sabar itu indah sayangku...(macam cerita pelagi)..apa yang berlaku ada hikmah kan3x...yang pasti Allah takkan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya...

FH: Badanku ini wahai sayangku, tidak setegap lelaki lain. Yang mampu menjaga ahli keluarga daripada              ancaman yang memuncak. Disaat badanku ini tidak lagi berjaya menampung ancaman luar, adakah                dikau akan menyalahkanku dengan ketidakupayaan itu?. Oleh itu, wahai bakal isteri yang aku cintai,              teguhkan jiwa. Percayalah disaat itu tubuh kecil ini akan menahan segalanya sehingga tidak berdaya lagi.

wahai bakal imamku..

Imamku tiada guna badan yang tegap tapi takut berjuang dijalan Allah sayangku...takkan ku salahkan dirimu atas ketidakupayaanmu...wahai imamku..takkan ku biarkan kau keseorangan berjuang demi mempertahankan agamamu dan keluargamu...bawalah aku sekali dalam perjuanganmu...didiklah aku menjadi seorang mejahidah sejati wahai bakal imamku..begitu juga kau..jadilah mujahid idamanku...yang tidak terpersona dengan buaian dunia...kerana mengimpikan syurga...

FH: Suatu ketika, tubuhku ini amat letih akibat tekanan kerja yang melampau. Disaat itu, senyuman ini amat          berat untuk ku lontar. Bukan tidak kasih cuma terlalu letih. Pada saat itu, adakah akan terguris                      perasaanmu? Oleh itu, wahai bakal isteriku. Jangan dikau merasa kecewa kerana senyuman itu aku                simpan untuk saat paling berharga buat kita.

wahai bakal imamku..

Tidak mengapa imamku...akan ku ukirkan senyumanku buat penyejuk hatimu...dengan harapan hilang segala dukamu...senyumlah kembali imamku pada waktu yang paling berharga buat kita....Kita bukan selamanya di dunia ini...kita akan dijemput pulang jua nanti...kejar dunia untuk bekalan akhirat kelak..jangan kerja dunia sehingga tiada bekal untuk akhirat....



FH: Gajiku tidak sebesar lelaki lain. Yang mungkin tidak mampu menyediakan istana yang tersergam indah          bagimu. Menyalakan lilin-lilin keindahan untuk menjadikanmu permaisuri didalamnya. Adakah pada              waktu itu dikau akan merungut wahai sayangku atas ketidak mampuan itu?. Oleh itu, percaya jika                  sekalipun aku tidak mampu membina istani hakiki buatmu. Engkau telah menjadi permaisuri yang                  dinobatkan mahkota kesetiaan olehku.

wahai bakal imamku..

Ya imamku, walaupun gajimu tak sebesar manapun...asalkan dari sunber rezeki yang halal...sayangku..wahai bakal imamku..kerna rezeki yang halal dapat menjamin keberkatan hidup dunia dan akhirat...imamku tak ku impikan sebuah istana indah untukku...cukuplah ada tempat berlindung dari hujan dan panas...imamku, takku harapkan kesempurnaan darimu ..cukuplah ada kamu yang akan menyempurnakan kekurangan pada diriku kelak.. wahai imamku...apa yang penting yang kuharapkan ialah agamamu...kelak nanti kau yang membimbingku, anak - anakku menuju ke jannah...takkan kukesali pilihanku kerna apa yang dikurniakan oleh Allah padaku adalah yang terbaik buatku...terima kasih kerna jadikan aku pemaisuri dihatimu...



FH: Jika aku terlantar sakit, akibat tekanan kerja demimu wahai bakal isteriku. Dan penyakit berat telah              hinggap dibadanku. Hilang upayaku sebagai seorang suami, sebagai seorang ayah. Adakah pada waktu        itu dikau akan bersabar denganku? Melayani keperluan diriku?. Dikala saat itu datang, percayalah yang        diriku lebih sedih menderita lebih daripada engkau melihatku derita.

wahai bakal imamku..

Jika kau terlantar sakit, akibat tekanan keja demiku...maafkanlah aku..ingatlah wahai imamku..sakit itu kafarah buatmu...Imamku..Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan/ujian berupa sakit dan sebagainya, melainkan dihapuskan Allah Ta’ala akan dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (H.R. Muslim)...bersyukurlah dan bersabarlah sayangku...aku akan tetap bersabar denganmu...akanku layani semua keperluanmu kerna itu sudah menjadi tanggungjawabku kelak...(deritamu deritaku)...bersabarlah sayangku...

FH: Jika kebahagiaan yang menjengah kita syukur. Jika tidak maka kita redha. Tidak akan ada yang lebih            baik aku inginkan selain melihat bibirmu mengukir senyuman kebahagiaan yang dikau inginkan selama            ini. Pilihlah dengan penuh rasa. Janji ku yang paling besar kepadamu wahai bakal isteriku untuk menjadi        lelaki solehah dan membimbing kamu dan anak2 mengejar jannah...mengejar iman...mengejar                        syurga...InsyaAllah...

 Wahai Bakal Imamku..


Dalam menantikan saat kita diijab kabulkan nanti, tolong persiapkan dirimu dengan sebaik mungkin. Dan ku juga sama. Sama-sama kita persiapkan diri menjadi sebaik-baik hambaNya. Dan pesan terpenting dariku wahai bakal imamku, jagalah ketulusan hatimu. Janganlah melakukan suatu amal atau perubahan semata-mata kerana ingin menikahiku. Sebaliknya, sucikanlah niat itu semata-mata untuk ALLAH sahaja. Apa-apa jua kejayaan dan impian yang engkau ingin gapai, usah persembahkan untukku, tetapi sentiasa pastikan ia kerana redha Tuhanmu. Suka untukku ingatkan dengan sepotong hadis yang masyhur ini. Semoga kita sama-sama sentiasa memegangnya.



Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap amal itu adalah dengan niat, dan sesungguhnya untuk setiap orang itu apa yang diniatkan olehnya, barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya akan menuju kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya untuk dunia atas kesenangannya, atau perempuan untuk menikahinya, maka hijrahnya akan menuju kepada apa yang ditujunya (dunia dan perempuan tadi)”



wassalam
(jarihalusyangmenaipbersamadenganairmatayangbergelinangan)

Category: 0 comments

MARHABAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum...
lama dah tak update blog ainul...semenjak sibuk dengan persediaan untuk Konvensyen KIK PBT bulan 6 yang lalu.....dan  bertambah lagi takda masa nak mengadap laptop bila ainul balik kampung bercuti seminggu untuk rehatkan diri..."BUSY" la katakan...sibuk melayan karenah adek - adek ainul... pejam celik jer..dah Ramadhan rupanya...



masa berlalu dengan cepat nya...sedar tak sedar hampir setengah tahun ainul berkhidmat di Lawas...dan buat kali kedua ainul berpuasa diperantauan..tahun lepas di SIBU dan tahun ni di LAWAS....huhuhu...jadi anak rantau memang banyak dugaan...demi untuk teruskan hidup ainul tempuh jua...

menyingkap erti Ramadhan sebenar...




Category: 0 comments