Assalamualaikum...
ngantuknya mata Ainul... (-_-)...nak bukak mata pun payah dah ni....
dahla mata cepet makin sepet la mata Ainul...
entri kali ni Ainul nak jawab persoalan yang bermain diminda kenalan Ainul...
Soalan yang selalu timbul adalah:-
Mengapa Ainul guna nama Ainul Mardhiah..??
sedangkan nama yang terpampang dekat IC lain..bukan Ainul tak suka nama yang ada dekat IC tu..cuma Ainul nie suka sangat berangan nak jadi bidadari macam "Ainul Mardhiah"..*Bidadari Wannabe* dapat ke?boleh ker? huk3x
Meh sini Ainul nak cita sikit pasal Ainul Mardhiah..dengar baik - baik tau..ops dengar pulak..
baca dengan teliti tau...hehehe
'Ainul Mardhiah merupakan salah seorang bidadari syurga yang sangat cantik berbanding bidadari - bidadari yang lain . Cantiknya dia , hanya Allah yang tahu . Wallahua'lam ..
Suatu pagi dalam bulan puasa , Nabi SAW memberikan targhib ( iaitu berita - berita semangat kalangan sahabat untuk berjihad atau berdakwah di jalan Allah ) . Kata baginda SAW , sesiapa yang mati keluar syahid di jalan Allah , maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang cantik dalam kalangan bidadari syurga . Ada bidadari yang bernama 'Ainul Mardhiah' sedang menunggu kekasih yang berjihad di jalan Allah.
Mendengar berita tersebut , seorang lelaki yang masih muda lagi hendak mengetahui bagaimanakah cantik yang dimaksudkan baginda SAW . Tetapi , disebabkan malu dengan Nabi SAW dan para sahabat yang lain , beliau menyembunyikan hasrat di hati.Tiba - tiba dalam tidur pemuda tersebut , beliau telah bermimpi bahawa beliau telah pergi ke satu tempat yang sangat indah .
Beliau bermimpi bertemu dengan seseorang yang sangat indah , bersih pakaianya , muka berseri - seri . Sahabat ini kemudiannya bertanya kepada wanita tersebut dimanakah beliau berada ? Wanita tersebut berkata , bahawa pemuda tadi telah berada di dalam syurga .
Sahabat tersebut pun menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan 'Ainul Mardhiah . Bidadari tersebut menunjukkan ke satu arah , maka berjalanlah sahabat ini ke pepohon dan melihat seorang wanita cantik yang tidak pernah beliau melihat kecantikan tersebut di dalam dunia sebelum ni . Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita tersebut dan bertanya , adakah wanita tersebut 'Ainul Mardhiah ? Wanita tersebut berkata , tidak . Beliau bukan 'Ainul Mardhiah yang dimaksudkan oleh pemuda tadi . Beliau hanyalah penjaga 'Ainul Mardhiah .
Lalu pemuda tersebut masuk ke dalam mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda - ganda berbanding wanita yang dilihat yang pertama dan sebelumnya tadi . Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita tersebut dan bertanya adakah beliau 'Ainul Mardhiah yang dicari ? Jawab wanita itu , tidak . Beliau hanyalah penjaganya di dalam mahligai itu , 'Ainul Mardhiah berada di atas mahligai sana .
Tanpa kenal erti penat dan putus asa , sahabat tersebut menaiki tangga mahligai permata tersebut . Kecantikannya sungguh mengagumkan . Beliau nampak seorang bidadari yang sangat cantik berbanding yang pertama , kedua dan yang sebelumnya . Kecantikannya tidak pernah dilihat di dalam dunia ini . Wanita tersebut berkata , aku ialah 'Ainul Mardhiah , aku diciptakan untuk kamu dan kamu telah diciptakan untuk aku . Sahabat tersebut pun mendekati bidadari yang telah beliau temukan . Namun , 'Ainul Mardhiah berkata , nanti . Kamu belum syahid lagi .
Mendengar kata - kata tersebut , sahabat tersebut terjaga dari tidurnya . Beliau pun menceritakan kisah tersebut kepada para sahabat yang lain . Namun begitu , beliau berpesan agar ceritanya itu tidak diceritakan kepada baginda SAW sehingga beliau syahid .
Petang tersebut , mereka pergi berperang dan dengan izin Allah , pemuda tersebut syahid . Semasa hendak berbuka puasa , sahabat yang mendengar cerita pemuda tadi pun menceritakan kisah tersebut kepada baginda SAW . Sepanjang cerita tersebut , Rasulullah berkata benar , benar , benar . Baginda SAW berkata bahawa pemuda yang syahid tadi telah pun berada di syurga dan menunggu waktu berbuka puasa di syurga .
bertuahnya dan beruntungnya buat pemuda yang sanggup berkorban demi agama kan...
ya jak lah...Ainul nak layan lagu lowk eh...lalalala
#sambil molah projek kik yang sik pandei siap - saip towk...huhuhu
Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih