Strong Girl Part 6

Assalamualaikum......

Tik Tok..Tik Tok...2015 telahpun berakhir...segala kenangan hidup bagi tahun 2015 banyak mengajar Ainul erti kehidupan sebenar sebagai seorang manusia..melangkah tangga - tangga penuh dengan rahsia dan keajaiban mengajar Ainul maksud sebenar menjadi seorang manusia yang luar biasa....perkenalan dengan isan tersayang membuat Ainul lebih tabah meniti tangga - tangga kehidupan walaupun masing - masing masih ada kekurangan. Kenangan lalu Ainul biarkan ia terus berlalu...namun kadang - kadang membuat luka lama berdarah kembali....penyesalan, kesedihan, dan duka bermain di benak perasaan Ainul...tapi semua itu..menjadikan Ainul belajar menghargai insan yang Ainul sayangi...


Category: 0 comments

Strong Girl part 5

Cepat sungguh masa berlalu...manakala Ainul masih dibuai mimpi indah keindahan dunia...Walaupun Ainul tahu yang keindahan itu semua hanya sementara...namun kerakusan dan kebijaksaan syaitan membatasi semua...Ainul mengaku Ainul gagal dalam perlawanan memeranginya...tapi dengan kekuasaanNya..pintu hati ini diketuk berkali - kali supaya beringat pada yang Esa..Tatkala Ainul duduk di sehelai hamparan sejadah menghadap yang maha kuasa..mengalir air mata Ainul mengenangkan dosa - dosa lampau....perasan takut yang teramat sangat membuatkan air mata ainul tidak berhenti daripada membasahi pipi Ainul...adakah masih ada lagi peluang taubat buat Ainul?....


Category: 0 comments

Rinduku Padamu Ya Rasulullah


Teringat semalam Ainul mendengar sebuah kisah tentang Nabi Muhammad S.A.W dengan pengemis buta..terpapar betapa indahnya akhlak Rasulullah S.A.W..Ya Rasulullah..Ainul rindu padamu..

Alkisah..

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja".

"Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya.

Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi.

Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Indahnya budi pekerti Rasulullah S.A.W dapat digambarkan melalui kisah diatas. Cuba bayangkan kita berada dalam situasi tersebut. Apakah yang akan kita lakukan? Adakah kita akan lakukan sepertimana Rasulullah S.A.W lakukan? Jadi renunganlah....contohilah akhlak dan keperibadian Baginda Raulullah S.A.W. kisah ini juga adalah satu peringatan bagi Ainul supaya sentiasa melakukan kebaikan walaupun ada yang tidak senang hati.

Ya Rasulullah (Raihan)

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapatku tatap wajahmu,
Kan pasti mengalir airmataku,
Kerna pancaran ketenanganmu,

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat kukucup tanganmu,
Moga mengalir keberkatan dalam diriku,
Untuk mengikut jejak langkahmu,

Ya Rasulullah ya Habiballah,
Tak pernah kutatap wajahmu,
Ya Rasulullah ya Habiballah,
Kami rindu padamu

Allohumma 'solli 'alaa Muhammad,
Ya Robbi 'solli 'alaihi wasallim,

Alangkah indahnya hidup ini,
andai dapat kudakap dirimu,
Tiada kata yang dapat aku ucapkan,
Hanya Tuhan saja yang tahu,

Ya Rasulullah ya Habiballah,
Tak pernah kutatap wajahmu,
Ya Rasulullah ya Habiballah,
Kami rindu padamu,

Ku tahu cintamu kepada umat,
Ummati.. ummati..
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami,
Syafaatkan kami, 

Alangkah indahnya hidup ini,
andai dapatku tatap wajahmu,
Kan pasti mengalir airmataku,
Kerna pancaran ketenanganmu,

Ya Rasulullah ya Habiballah,
Tak pernah kutatap wajahmu,
Ya Rasulullah ya Habiballah,
Kami rindu padamu,

Ya Rasulullah ya Habiballah,
Terimalah kami sebagai umatmu,
Ya Rasulullah ya Habiballah,
Kurniakan syafaatmu,
Allohumma 'solli 'alaa Muhammad,
Ya Robbi 'solli 'alaihi wasallim ..

Category: 0 comments

Bila Rindu Berlabuh

Sepanjang meniti titian kehidupan....
Perhubungan bersama insan tersayang sebagai peneman...
Membuat aku makin tabah menjalani ranjau perjalanan..
Namun, tatkala..rindu berlabuh di persimpangan..
Hanya pada Allah ku mohon pertolongan..
Sampaikan rinduku pada yang insan tersayang..

by Ainul Mardhiah (08/11/15)


 Salam rindu buat suami tercinta yang jauh dimata...namun dihati takkan dilupa..
kenangan bersamamu tersemat di ingatanku selalu...harap kau bersabar mengharungi segala cabaran hidup bersamaku...Ini adalah aturan yang Allah S.W.T aturkan buat kita...akan ada hikmah disebaliknya...Sabar sayangku...Janji Allah itu pasti...selepas hujan pasti akan ada pelangi...
Category: 0 comments

Strong Girl Part 4

Assalamualaikum...
Lama tidak menjengok blog yang sememangnya menyepi....Mungkin kerana kesibukan diri..Atau kehendak dan keperluan yang mendesak buat masa ini...Tanpa aku sedari....umur pun makin hari makin meningkat lagi...Namun penjalanan hidup bagi mengejar duniawi ini harus kususuri...Tak ku lupa juga mengejar syurga illahi yang sememangnya pasti..Masa semakin berlalu pergi tanpa aku dan juga kamu sedari..Tahun 2013 memberi kenangan dan pengalaman baru buat diri..Perkenalan dan persahabatan terukir indah walaupun baru saja mengenali..Sedikit coretan luka juga hadir bagi memperbaiki diri dan kuatkan hati...Biarlah ya lalu berlalu pergi...kini masa untuk bangkit tanpa menoleh kebelakang lagi..
Category: 0 comments

WARKAH BUATMU

Assalamualaikum...

entri kali ini khas buat insan yang disayangi...kali ni ainul buat entri jiwang cikit la..hehehe..
(sembunyikandirikejapsebabmalula)


Dear my future Husband

FH: Diriku ini adalah seorang yang biasa yang ada sedikit perasaan luarbiasa. Andai kata aku tidak                      mampu menjadi sepertimana yang dikau harapkan. Adakah masih ada lagi perasaan cintamu padaku?            Oleh itu, dalam waktu kesempatan kita cipta bersama, aku harapkan supaya dikau tidak mengharapkan        sesuatu yang sangat sukar untukku gapai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suamimu.
wahai bakal imamku..

Walaupun kau seorang yang biasa bagi dirimu..tapi dengan perasaan luarbiasamu menjadikan engkau seorang yang terbaik untukku (a.k.a my Superhero) he3 ..perasaan cintaku hadir bukan kerna kesempurnaanmu tapi kerna keihlasanmu....tiada apa yang ku harapkan darimu cuma jalankanlah tanggungjawabmu apabila bergelar imamku kelak.

FH: Ilmuku ini sangat dangkal mahu dibandingkan dengan lelaki lain yang bisa engkau pilih. Mungkin pada            suatu saat kawan-kawanmu akan memperlekehkan diriku dengannya akan malu bila bersamaku.                    Adakah pada waktu itu, matamu akan menitiskan air mengenangkan nasibmu? Oleh, itu duhai sayangku,        diriku berharap engkau sabar menghadapinya kerana diriku sedang berusaha menjadi yang terbaik                buatmu.

wahai bakal imamku..

Imamku..Sayangku...walaupun ilmu tidak setanding dengan lelaki lain yang bisa aku pilih..namun aku tetap besyukur sekiranya ilmu agamamu boleh menandingi mereka...wahai bakal imamku....biarkanlah orang memperlekehkanmu dan diriku ketika kau bersamaku....aku tetap kuat imamku...takkan sedikitpun menitis airmataku wahai imamku kerna aku yakin seyakin yang pasti kamu adalah yang teristimewa buatku...sayangku2x......aku akan tetap sabar dan terus bersabar ( Allah sayang pada orang yang Sabar kan?) demi menjadi yang terbaik buatmu jua....

FH: Kelakuanku ini, sikap dan perangai. Kadang-kadang susah untuk dijangka. Tika mana aku tersilap                menyakitkan hatimu, adakah kesabaranmu akan hilang? Cinta dan lakumu akan meminggir dariku. Oleh        itu wahai bakal isteriku, pilihanmu terhadapku jangan dikesali kerana aku sentiasa berusaha menjaga              daripada semua itu terjadi.

wahai bakal imamku..

Memang kelakuanmu, sikapmu dan perangaimu memang susah untuk dijangka..begitu juga diriku...tika tersilap tutur katamu, sehingga menyakitiku...takkan hilang kesabaranku wahai imamku...takkan ku meminggirkan diriku darimu...takkan kukesali hadirmu dalam kehidupanku..kerana ku tahu kau berusaha menjaga setiap kelakuanmu, sikapmu dan perangaimu demi menjadi yang terbaik buatku...aku akan tetap sabar..kerna sabar itu indah sayangku...(macam cerita pelagi)..apa yang berlaku ada hikmah kan3x...yang pasti Allah takkan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya...

FH: Badanku ini wahai sayangku, tidak setegap lelaki lain. Yang mampu menjaga ahli keluarga daripada              ancaman yang memuncak. Disaat badanku ini tidak lagi berjaya menampung ancaman luar, adakah                dikau akan menyalahkanku dengan ketidakupayaan itu?. Oleh itu, wahai bakal isteri yang aku cintai,              teguhkan jiwa. Percayalah disaat itu tubuh kecil ini akan menahan segalanya sehingga tidak berdaya lagi.

wahai bakal imamku..

Imamku tiada guna badan yang tegap tapi takut berjuang dijalan Allah sayangku...takkan ku salahkan dirimu atas ketidakupayaanmu...wahai imamku..takkan ku biarkan kau keseorangan berjuang demi mempertahankan agamamu dan keluargamu...bawalah aku sekali dalam perjuanganmu...didiklah aku menjadi seorang mejahidah sejati wahai bakal imamku..begitu juga kau..jadilah mujahid idamanku...yang tidak terpersona dengan buaian dunia...kerana mengimpikan syurga...

FH: Suatu ketika, tubuhku ini amat letih akibat tekanan kerja yang melampau. Disaat itu, senyuman ini amat          berat untuk ku lontar. Bukan tidak kasih cuma terlalu letih. Pada saat itu, adakah akan terguris                      perasaanmu? Oleh itu, wahai bakal isteriku. Jangan dikau merasa kecewa kerana senyuman itu aku                simpan untuk saat paling berharga buat kita.

wahai bakal imamku..

Tidak mengapa imamku...akan ku ukirkan senyumanku buat penyejuk hatimu...dengan harapan hilang segala dukamu...senyumlah kembali imamku pada waktu yang paling berharga buat kita....Kita bukan selamanya di dunia ini...kita akan dijemput pulang jua nanti...kejar dunia untuk bekalan akhirat kelak..jangan kerja dunia sehingga tiada bekal untuk akhirat....



FH: Gajiku tidak sebesar lelaki lain. Yang mungkin tidak mampu menyediakan istana yang tersergam indah          bagimu. Menyalakan lilin-lilin keindahan untuk menjadikanmu permaisuri didalamnya. Adakah pada              waktu itu dikau akan merungut wahai sayangku atas ketidak mampuan itu?. Oleh itu, percaya jika                  sekalipun aku tidak mampu membina istani hakiki buatmu. Engkau telah menjadi permaisuri yang                  dinobatkan mahkota kesetiaan olehku.

wahai bakal imamku..

Ya imamku, walaupun gajimu tak sebesar manapun...asalkan dari sunber rezeki yang halal...sayangku..wahai bakal imamku..kerna rezeki yang halal dapat menjamin keberkatan hidup dunia dan akhirat...imamku tak ku impikan sebuah istana indah untukku...cukuplah ada tempat berlindung dari hujan dan panas...imamku, takku harapkan kesempurnaan darimu ..cukuplah ada kamu yang akan menyempurnakan kekurangan pada diriku kelak.. wahai imamku...apa yang penting yang kuharapkan ialah agamamu...kelak nanti kau yang membimbingku, anak - anakku menuju ke jannah...takkan kukesali pilihanku kerna apa yang dikurniakan oleh Allah padaku adalah yang terbaik buatku...terima kasih kerna jadikan aku pemaisuri dihatimu...



FH: Jika aku terlantar sakit, akibat tekanan kerja demimu wahai bakal isteriku. Dan penyakit berat telah              hinggap dibadanku. Hilang upayaku sebagai seorang suami, sebagai seorang ayah. Adakah pada waktu        itu dikau akan bersabar denganku? Melayani keperluan diriku?. Dikala saat itu datang, percayalah yang        diriku lebih sedih menderita lebih daripada engkau melihatku derita.

wahai bakal imamku..

Jika kau terlantar sakit, akibat tekanan keja demiku...maafkanlah aku..ingatlah wahai imamku..sakit itu kafarah buatmu...Imamku..Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan/ujian berupa sakit dan sebagainya, melainkan dihapuskan Allah Ta’ala akan dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (H.R. Muslim)...bersyukurlah dan bersabarlah sayangku...aku akan tetap bersabar denganmu...akanku layani semua keperluanmu kerna itu sudah menjadi tanggungjawabku kelak...(deritamu deritaku)...bersabarlah sayangku...

FH: Jika kebahagiaan yang menjengah kita syukur. Jika tidak maka kita redha. Tidak akan ada yang lebih            baik aku inginkan selain melihat bibirmu mengukir senyuman kebahagiaan yang dikau inginkan selama            ini. Pilihlah dengan penuh rasa. Janji ku yang paling besar kepadamu wahai bakal isteriku untuk menjadi        lelaki solehah dan membimbing kamu dan anak2 mengejar jannah...mengejar iman...mengejar                        syurga...InsyaAllah...

 Wahai Bakal Imamku..


Dalam menantikan saat kita diijab kabulkan nanti, tolong persiapkan dirimu dengan sebaik mungkin. Dan ku juga sama. Sama-sama kita persiapkan diri menjadi sebaik-baik hambaNya. Dan pesan terpenting dariku wahai bakal imamku, jagalah ketulusan hatimu. Janganlah melakukan suatu amal atau perubahan semata-mata kerana ingin menikahiku. Sebaliknya, sucikanlah niat itu semata-mata untuk ALLAH sahaja. Apa-apa jua kejayaan dan impian yang engkau ingin gapai, usah persembahkan untukku, tetapi sentiasa pastikan ia kerana redha Tuhanmu. Suka untukku ingatkan dengan sepotong hadis yang masyhur ini. Semoga kita sama-sama sentiasa memegangnya.



Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap amal itu adalah dengan niat, dan sesungguhnya untuk setiap orang itu apa yang diniatkan olehnya, barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya akan menuju kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya untuk dunia atas kesenangannya, atau perempuan untuk menikahinya, maka hijrahnya akan menuju kepada apa yang ditujunya (dunia dan perempuan tadi)”



wassalam
(jarihalusyangmenaipbersamadenganairmatayangbergelinangan)

Category: 0 comments

MARHABAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum...
lama dah tak update blog ainul...semenjak sibuk dengan persediaan untuk Konvensyen KIK PBT bulan 6 yang lalu.....dan  bertambah lagi takda masa nak mengadap laptop bila ainul balik kampung bercuti seminggu untuk rehatkan diri..."BUSY" la katakan...sibuk melayan karenah adek - adek ainul... pejam celik jer..dah Ramadhan rupanya...



masa berlalu dengan cepat nya...sedar tak sedar hampir setengah tahun ainul berkhidmat di Lawas...dan buat kali kedua ainul berpuasa diperantauan..tahun lepas di SIBU dan tahun ni di LAWAS....huhuhu...jadi anak rantau memang banyak dugaan...demi untuk teruskan hidup ainul tempuh jua...

menyingkap erti Ramadhan sebenar...




Category: 0 comments